Cubaan seludup 93 guni benih kerang ke Thailand

Benih kerang dalam 93 guni bernilai RM93,000 yang dirampas polis pada sekatan jalan di Batu Jong, semalam.
Benih kerang dalam 93 guni bernilai RM93,000 yang dirampas polis pada sekatan jalan di Batu Jong, semalam.
A
A
A

KUALA KRAI - Dua penghantar ikan gagal seludup benih kerang bernilai RM93,000 apabila lori mereka ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Batu Jong, semalam.

Benih kerang yang diisi dalam 93 guni itu dipercayai dibawa dari luar Kelantan untuk diseludup ke negara jiran, Thailand.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, siasatan awal polis mendapati suspek berusia 24 dan 25 tahun terima arahan majikannya untuk membawa benih kerang ke Gua Musang.

"Sebelum ditahan kedua-dua mereka baru selesai menghantar ikan dari Teluk Intan ke Batu Pahat.

"Apabila tiba di sekatan jalan di Batu Jong, polis yang membuat pemeriksaan ke atas lori berkenaan menemui benih kerang dalam 93 guni itu," katanya.

Wan Fauzi berkata, hasil siasatan mendapati terdapat sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki dua lelaki menjadi pemandu arah kepada mereka tetapi melarikan diri sebaik berjaya melepasi sekatan jalan raya.

Menurutnya, suspek diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kuala Krai bersama benih kerang yang dirampas.

"Kedua-dua lelaki yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kemudiannya diserahkan Jabatan Perikanan Kuala Krai untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!