Amaran tsunami kedua: Penduduk kembali panik

Amaran tsunami kedua: Penduduk kembali panik
Amaran tsunami kedua: Penduduk kembali panik
A
A
A

BANTEN - INDONESIA. Penduduk Kecamatan Pandeglang di sini, kembali panik susulan amaran tsunami kedua.

Menurut Kompas TV, susulan itu penduduk terbabit kini mula beredar daripada kediaman masing-masing untuk mencari kawasan yang lebih selamat iaitu di kawasan daratan yang lebih tinggi.

Menerusi video yang dilaporkan oleh portal berkenaan, mememperlihatkan penduduk berlarian ke jalan raya menuju ke kawasan yang lebih tinggi.

Pergerakan penduduk ini dipantau oleh pihak polis dan tentera Indonesia.

Sehingga kini dilaporkan kejadian tsunami yang melanda Banten telah mengorbankan 62 nyawa sementara ratusan lain cedera.

Difahamkan kejadian tsunami itu berlaku susulan cetusan gunung berapi Anak Krakatoa.

Bagaimanapun, Agensi Geologi Indonesia akan menyiasat punca sebenar tsunami terbabit.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!