'Port' judi bola golek di belakang kedai runcit digempur

Antara yang ditahan dalam Ops Dadu di Meru, Klang, malam tadi, kerana dipercayai terlibat dalam permainan judi bola golek
Antara yang ditahan dalam Ops Dadu di Meru, Klang, malam tadi, kerana dipercayai terlibat dalam permainan judi bola golek
A
A
A

KLANG - Keasyikan bermain judi bola golek di belakang sebuah kedai runcit di Meru terbantut selepas tempat itu diserbu polis.

Serbuan Ops Dadu kira-kira jam 9.30 malam tadi oleh sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bertindak hasil maklumat dan risikan.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Azmi Shukor berkata, empat yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan serta seorang warga Nepal berusia lingkungan 20 hingga 30-an.

Katanya, siasatan mendapati, dua warga tempatan itu berperanan sebagai penganjur, manakala dua lagi adalah pemain.

"Dalam operasi ini, polis merampas papan pertaruhan, dua biji bola getah, kain, alat penimbang air, bingkah kayu, lampu serta wang tunai RM1,730.

"Semua yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara untuk siasatan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.

Permainan judi bola golek yang dirampas polis dalam serbuan Ops Dadu di Meru, Klang, malam tadi.
Permainan judi bola golek yang dirampas polis dalam serbuan Ops Dadu di Meru, Klang, malam tadi.

Beliau berkata, serbuan dijalankan selepas menerima maklumat awam yang menyatakan lokasi terbabit aktif menganjurkan judi bola golek sejak beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!