Kastam rampas 15,000 batang rokok putih

Antara rokok yang dirampas disyaki masih belum mendapat kelulusan kastam.
Antara rokok yang dirampas disyaki masih belum mendapat kelulusan kastam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kira-kira 15,000 batang rokok putih pelbagai jenama yang belum lulus kastam dirampas dekat Kampung Hujung, Teluk Kechai dekat Kuala Kedah semalam.

Ketua Kastam Sungai Petani, Mohd Sukri Jusoh berkata, serbuan dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Penguatkuasaan Unit Marin Tanjung Dawai pada jam 3.30 petang.

Menurutnya, rokok terbabit disembunyikan dalam satu longgokan yang ditutup dengan plastik biru dan guni baja di bawah pokok.

"Bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota telah melakukan serbuan di lokasi kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu longgokan rokok putih yang disyaki belum lulus kastam disembunyikan bawah plastik dan guni baja," katanya.


Rokok disorok bawah plastik biru dan guni baja.
Rokok disorok bawah plastik biru dan guni baja.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, suspek telah lari dan longgokan rokok ditinggalkan begitu sahaja.

Katanya, notis rampasan telah ditampal dan barang kes dibawa balik untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d), Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan:

Katanya, nilai rokok dianggarkan RM1,650 manakala cukai dianggarkan RM7,126.

Rokok dilonggokkan dan disembunyikan di bawah pokok.
Rokok dilonggokkan dan disembunyikan di bawah pokok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!