Budak 4 tahun lemas jatuh longkang

Anggota bomba menjumpai mangsa pada jarak satu meter dari lokasi mangsa jatuh.
Anggota bomba menjumpai mangsa pada jarak satu meter dari lokasi mangsa jatuh.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh dalam longkang di Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya dekat sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.40 petang tadi.

Menurutnya, tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa ke lokasi kejadian.

"Pihak bomba menerima laporan berkaitan seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun telah terjatuh ke dalam longkang dan dipercayai lemas.

"Pasukan Penyelamat Di Air yang tiba di lokasi pada jam 3.45 petang berjaya menjumpai mangsa pada jarak satu meter dari lokasi mangsa jatuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!