Warga Iraq dipenjara seumur hidup
WIESBADEN - Mahkamah Jerman semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang lelaki warga Iraq selepas disabit bersalah merogol dan membunuh remaja perempuan pada Mei tahun lalu.
Tertuduh, Ali Bashar, 22, merupakan seorang pencari suaka yang ditolak.
Kematian tragis Susanna Maria Feldman, 14, mencetuskan kemarahan ramai dan Parti Alternative for Germany (AfD) membawa kematian mangsa dalam kempen mereka untuk menentang polisi suaka Canselor Angela Merkel. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!