Dihukum penjara tiga bulan, gara-gara rasuah polis RM85

Tertuduh (tengah) semasa di bawa ke Mahkamah Seremban hari ini.
Tertuduh (tengah) semasa di bawa ke Mahkamah Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Padah menghulurkan wang sebanyak RM85 kepada anggota polis, seorang remaja dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Mustapha Kamal Mohd Hashim,26, yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), dijatuhkan hukuman tersebut setelah mengaku bersalah melakukan rasuah, di hadapan Hakim, Madiha Harullah.

Hakim kemudiannya, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000, jika gagal membayar denda dilanjutkan penjara selama lima bulan.

Madiha turut mengarahkan tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 7 Januari lalu, jam 1 petang di Taman Jujur, Sikamat, telah memberikan suapan wang tunai RM85 kepada Koperal Muhammad Hafizuddin Wahab, sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana didapati menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!