Wanita hamil korban keganasan puak di Papua New Guinea

Kanak-kanak dan wanita dibunuh kejam di wilayah Hela. - FOTO PILLS PIMUA KOLO
Kanak-kanak dan wanita dibunuh kejam di wilayah Hela. - FOTO PILLS PIMUA KOLO
A
A
A

PORT MORESBY - Sekurang-kurangnya 24 termasuk dua wanita hamil terkorban dalam pertempuran ganas antara puak bertelagah yang berterusan selama tiga hari di Papua New Guinea.

Menurut pihak berkuasa, hari ini kesemua mangsa terbunuh di wilayah Hela dan angka itu dijangka meningkat berikutan krisis masih berlarutan.

Pentadbir wilayah Hela, William Bando berkata, kira-kira 100 anggota polis dikerah untuk membantu kira-kira 40 anggota pihak berkuasa tempatan.

Insiden itu turut mengejutkan Perdana Menteri, James Marape yang baru dilantik dan mendorong beliau untuk meningkatkan kawalan keselamatan selain berikrar untuk menuntut bela atas pembunuhan kejam tersebut.

"Ia adalah hari paling sedih dalam hidup saya. Ramai kanak-kanak dan wanita tidak berdosa dibunuh kejam di desa Munima dan Karida," kata beliau yang turut berasal dari wilayah itu.

Dalam satu serangan di Karida, penyerang didakwa membunuh enam wanita dan lapan budak dalam tempoh 30 minit serangan tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!