Remaja ditemukan lemas terjatuh sungai
MUADZAM SHAH - Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun ditemui mati lemas selepas terjatuh sungai di Felda Selancar 3, di sini petang tadi.
Mangsa dipercayai terjatuh kira-kira jam 5 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah dengan bantuan penduduk kampung.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysian (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 7.07 petang tadi tidak jauh dari lokasi mangsa terjatuh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!