Sultan Johor terima Darjah Kebesaran Sikatuna daripada Presiden Filipina

Sumber: Fb-Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sumber: Fb-Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menerima Darjah Kebesaran Sikatuna (Order Of Sikatuna) yang membawa gelaran Datu daripada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Manila.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, darjah berkenaan diberikan sempena lawatan baginda di atas jemputan peribadi presiden tersebut.

Pada majlis di Istana Malacanang terbabit, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato' Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada Duterte.

Terdahulu, Sultan Ibrahim tiba di istana berkenaan pada jam 5 petang sebelum menandatangani buku pelawat.

Baginda kemudian disambut Duterte dan bergambar bersama sebelum mengadakan pertemuan tertutup selama hampir sejam.

Sultan Ibrahim dan Duterte turut bertukar cenderahati serta merakam gambar kenangan.

Sempena lawatan itu, Duterte turut menghadiahkan sebuah potret lukisan wajah Sultan Johor. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!