SPWinds lakar sejarah, dapat penghormatan beraksi di AIMF2019

Barisan pelajar yang menganggotai SPWinds yang melakar sejarah tersendiri apabila diberi penghormatan membuat persembahan konsert pembukaan 30th Australian International Music Festival (AIMF2019)
Barisan pelajar yang menganggotai SPWinds yang melakar sejarah tersendiri apabila diberi penghormatan membuat persembahan konsert pembukaan 30th Australian International Music Festival (AIMF2019)
A
A
A

SYDNEY - Orkestra Simfonik Wind Seri Puteri (SPWinds) Sekolah Seri Puteri melakar sejarah apabila menampilkan persembahan bertenaga pada konsert pembukaan 30th Australian International Music Festival (AIMF2019) yang berlangsung di Sydney, di sini sejak 3 Julai lalu.

Pengerusi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SPWinds, Adzman Shah berkata, SPWinds yang dipilih mewakili Malaysia telah mengadakan persembahan di City Recital Hall, Sydney Opera House dan Chatswood Concourse.

Menurutnya, pemenang Anugerah Emas di Festival Wind Orchestra SBP Ke-21, itu mempertaruhkan lagu Cindai, Primavera dan Spartacus.

"AIMF2019 ini merupakan pertandingan antarabangsa anjuran World Project telah disertai oleh 1400 peserta dari 35 buah negara.

Persembahan bertenaga SPWinds pada konsert pembukaan 30th Australian International Music Festival (AIMF2019) memukau penonton antarabangsa
Persembahan bertenaga SPWinds pada konsert pembukaan 30th Australian International Music Festival (AIMF2019) memukau penonton antarabangsa

"SPWinds yang dianggotai oleh 56 pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun telah diberi penghormatan untuk mengadakan persembahan di acara pembukaan AIMF kali ini," katanya dalam satu kenyataan.

Delagasi SPWinds ini mendapat sokongan CSR dari beberapa syarikat korporat seperti Pharmaniaga Berhad, Ariffin Architect Sdn Bhd, Jakel Group, Maybank Foundation, Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan AbleAce Raakin Sdn Bhd yang telah menyumbang pada Majlis Makan Malam Amal & Konsert Flourishes 2019 pada 29 Jun 2019.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin selaku Penaung Diraja juga turut berkenan berangkat sebagai tetamu Diraja pada malam tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!