Misi terakhir Hayabusa2

Misi Hayabusa2 adalah untuk mendapatkan sampel asteroid Ryugu bagi memberi gambaran tentang evolusi sistem suria.
Misi Hayabusa2 adalah untuk mendapatkan sampel asteroid Ryugu bagi memberi gambaran tentang evolusi sistem suria.
A
A
A

TOKYO - Kapal angkasa Jepun, Hayabusa2 akan melakukan pendaratan terakhir pada asteroid Ryugu untuk mendapatkan sampel yang dapat memberi gambaran tentang evolusi sistem suria.

Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) berkata, Hayabusa2 dijangka mendarat buat kali kedua hari ini di bawah misi penyelidikan kompleks itu yang turut menghantar kenderaan perayau dan robot pada permukaannya.

Misi tersebut diharap dapat mengumpulkan bahan asli daripada asteroid Ryugu yang dapat memberi penjelasan tentang kewujudan sistem suria kira-kira 4.6 bilion lalu.

April lalu, alat letupan dilancarkan dari Hayabusa2 pada Ryugu bagi menghasilkan kawah pada permukaan asteroid itu untuk mendapatkan sampel bahan yang tidak pernah terdedah kepada atmosfera. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!