Ibu berparti, anak mati dalam kebakaran

Bayi perempuan berusia lapan bulan maut dalam kebakaran awal pagi Ahad lalu.
Bayi perempuan berusia lapan bulan maut dalam kebakaran awal pagi Ahad lalu.
A
A
A

NASHVILLE - Tindakan dua wanita di Tennesse, Amerika Syarikat meninggalkan anak mereka tanpa pengawasan orang dewasa semata-mata mahu berparti di kelab malam mengundang padah.

Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab itu, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut manakala abangnya berusia 23 bulan kritikal.

Empat mangsa lain terdiri daripada dua budak lelaki dan dua budak perempuan masing-masing berusia 1, 2, 4 dan 6 tahun mengalami kecederaan selepas apartmen didiami mereka terbakar.

Polis berkata, kejadian berlaku pada awal pagi Ahad lalu apabila kedua-dua wanita terbabit yang masing-masing berusia 23 dan 25 tahun sedang berhibur di sebuah kelab malam.

"Bomba tiba di apartmen Hickory Lake sekitar jam 2 pagi (waktu tempatan). Semasa bomba tiba, bahagian tingkat atas apartmen itu diselubungi asap dan api.

"Seorang kanak-kanak lelaki ditemui di bahagian balkoni tingkat tiga apartmen dan empat lagi diselamatkan selepas bomba meluru masuk ke dalam kediaman tersebut.

"Malangnya, seorang bayi berusia lapan bulan gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," kata jurucakap bomba.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Vanderbilt.

Artikel Berkaitan:

Punca kebakaran masih disiasat tetapi sumber berkata, kebakaran berpunca daripada lilin yang dipasang di bilik bayi perempuan tersebut.

Nama kedua-dua wanita berkenaan tidak didedahkan kepada umum. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!