Hampir 300 penuntut PSMZA derma darah

Ramai penuntut PSMZA tampil menderma darah.
Ramai penuntut PSMZA tampil menderma darah.
A
A
A

DUNGUN - Hampir 300 pain darah yang didermakan penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) berjaya dikumpulkan dalam Program Derma Darah Perdana PSMZA.

Riak teruja jelas terpancar pada raut wajah kesemua penuntut ketika menunggu giliran untuk menderma lebih-lebih ada dalam kalangan mereka baharu pertama kali menderma darah.

Menurut pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail, program yang diadakan dua kali setahun itu merupakan acara tahunan politeknik.

Mohd Fikri (kanan) bersama pelajar yang sedang menderma darah pada Program Derma Darah Perdana PSMZA.
Mohd Fikri (kanan) bersama pelajar yang sedang menderma darah pada Program Derma Darah Perdana PSMZA.

"Setiap kali program ini diadakan hampir 300 pain darah dapat dikumpulkan di mana pada kali ini sahaja seramai 269 penuntut tampil secara sukarela untuk menderma.

"Dengan adanya program sebegini diharap dapat menghapuskan tohmahan sesetengah pihak bahawa menderma darah menyebabkan berlakunya kesan sampingan dan sebagainya," katanya.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Unit Transfusi Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkenaan berlangsung selama dua hari di Dewan Dagang PSMZA.

Pihak Unit Transfusi Darah HSNZ menyediakan sebanyak 17 katil sepanjang program berkenaan bagi menampung penderma yang agak ramai itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!