Ketua Polis Negara lebih tahu di mana Jho Low: PM
Perdana Menteri berkata, beliau tidak boleh menjamin kepulangan Jho Low namun, sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu dia sudah ‘dekat’ maknanya mungkin akan dibawa pulang tidak lama lagi.
“Saya tak boleh jamin (kepulangan Jho Low)... Tapi jika Ketua Polis Negara maklumkan Jho Low semakin hampir untuk dibawa pulang, maksudnya beliau lebih tahu di mana Jho Low berada, saya tidak tahu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Pada 7 Julai lalu, Abdul Hamid memberitahu, PDRM masih lagi dalam proses rundingan untuk membawa Jho Low pulang ke negara ini bagi membantu siasatan skandal 1MDB.
Katanya, rundingan dengan pihak berkuasa negara di mana Jho Low bersembunyi itu perlu dilakukan dengan cermat dan berhati-hati bagi memastikan ia tidak tersilap langkah.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan tempoh tertentu untuk rundingan itu berjaya, namun memberi jaminan Jho Low pasti akan dibawa pulang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!