Pengguna jalan raya ditahan positif dadah
MARANG - Seramai empat pengguna jalan raya dipercayai terlibat penyalahgunaan dadah dikesan semasa operasi bersepadu sekatan jalan raya di Rhu Renggeh di sini, malam tadi.
Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang, Roslina Awang berkata, operasi itu disertai pihaknya bersama pasukan trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.
Katanya, operasi yang dijalankan selama tiga jam yang bermula pada jam 9 hingga 12 malam itu bertujuan untuk mengesan pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh dadah.
"Empat dari 25 pengguna jalan raya yang ditahan dalam operasi bersepadu ini dapati positif methamphetamine selepas menjalani ujian saringan awal air kencing," katanya kepada pemberita hari ini.
Tambahnya, kesemua empat suspek berumur di antara 20 hingga 45 tahun yang ditahan itu kini disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan&Pemulihan) 1983 pindaan 1998.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!