Semak harga petrol, diesel secara mingguan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peneraju Invoke, Rafizi Ramli menggesa kerajaan menyemak harga petrol dan diesel mengikut formula secara mingguan sebagaimana diamalkan kerajaan terdahulu.

Rafizi dalam suratnya kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kaedah itu membolehkan rakyat menikmati penjimatan serta merta sekiranya berlaku kejatuhan harga minyak mentah dunia.

"Berdasarkan formula, harga RON95 sejak beberapa minggu yang lalu telah jatuh di bawah paras RM2.20 seliter," katanya.

Menurutnya, kaedah itu juga adalah terbaik dan paling adil untuk mengelakkan rakyat dari membayar harga minyak yang lebih tinggi daripada pasaran.

"Apa-apa harga formula yang lebih tinggi dari harga siling, kerajaan Persekutuan perlu membayar subsidi untuk mengekalkan harga pada harga siling," katanya.

Pada 2 Januari 2015, Rafizi pernah menggesa kerajaan yang ketika itu ditadbir oleh BN untuk menyelaraskan harga bahan api itu setiap minggu.

Kerajaan kemudiannya melaksanakannya bermula 29 Mac 2017.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!