133 premis di Pasir Gudang dikompaun
JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengeluarkan sebanyak 133 kompaun hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas 241 premis di Pasir Gudang susulan insiden pencemaran udara yang berlaku di kawasan berkenaan.
Pengarahnya, Wan Abd Latif Wan Jaafar berkata, kompaun tersebut membabitkan bahan buangan berjadual melibatkan 122 dan efluen perindustrian berjumlah 10 serta satu loji kumbahan.
"Setiap kompaun yang dikenakan berjumlah RM2,000 dan tindakan mahkamah akan diambil jika mereka gagal membuat bayaran," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 59 notis arahan telah dikeluarkan.
"Selain itu, 11 premis turut mendapat perintah tahanan operasi kelengkapan dan tiga premis turut menerima syor tindakan mahkamah," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!