Selangor rekod 522 kes kenaikan harga barang

Pemeriksaan dibuat di NSK Trade City Kota Damansara sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018, melibatkan barang kawalan seperti telur ayam, tomato dan cili benggala hijau.
Pemeriksaan dibuat di NSK Trade City Kota Damansara sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018, melibatkan barang kawalan seperti telur ayam, tomato dan cili benggala hijau.
A
A
A
PETALING JAYA - Sejumlah 522 kes dicatatkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor melibatkan peniaga yang melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) tahun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, kes dari Januari hingga 20 Disember lalu itu adalah hasil aduan yang diterima dan turut menunjukkan peningkatan.

“Kita menerima 7,522 aduan dan 2,981 daripadanya membabitkan harga. Aduan ini menghasilkan 522 kes dengan nilai kompaun sebanyak RM108,000.

“Perkara ini wajar diberikan perhatian peniaga sebab warga Selangor amat teliti dengan perubahan harga,” katanya.

Menurutnya, kes bawah AKHAP 2011 ketika Skim Kawalan Harga Perayaan juga menunjukkan peningkatan pada tahun ini.

“Sebanyak 73 kes direkodkan tahun ini sepanjang keseluruhan Skim Kawalan Harga Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavali.

“Jumlah itu meningkat berbanding 39 kes tempoh sama tahun lepas. Jadi perkara ini yang kita mahu peniaga beri kerjasama memastikan barang dijual mengikut harga ditetapkan,” katanya.

Terdahulu beliau melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018 di NSK Trade City Kota Damansara, di sini.

Sebanyak 16 jenis barang diwartakan sebagai barang kawalan yang perlu dijual mengikut harga ditetapkan dalam tempoh lima hari berkuatkuasa hari ini.
Artikel Berkaitan:


Daripada jumlah itu sebanyak 11 jenis barang dikuatkuasakan untuk Selangor meliputi kategori ayam, daging kambing, telur ayam, tomato dan cili bengala hijau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!