Suami isteri maut, Kancil dinaiki terbalik

Kereta dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik selepas bertembung di Kampung Apek petang tadi.
Kereta dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik selepas bertembung di Kampung Apek petang tadi.
A
A
A

SETIU - Sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki terbalik selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan di Kilometer 73, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu di Kampung Apek, Bandar Permaisuri di sini hari ini.

Dalam kejadian 1 petang itu, mangsa Wan Jusoh Wan Sudin, 68 dan isteri, Rokiah Hamid, 65, berasal dari Kampung Padang, Bandar Permaisuri di sini maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kereta jenis Perodua Kancil dipandu Wan Jusoh dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Bandar Permaisuri.

"Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai masuk laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Toyota Camry dinaiki dua lelaki.

"Kemalangan itu menyebabkan pasangan tersebut maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Unit Forensit Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, pemandu kereta Camry lelaki berusia 26 tahun luka di kepala manakala rakannya berusia 21 tahun tidak cedera.

"Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!