500,000 pengundi baharu setiap tahun: Syed Saddiq
SHAH ALAM - Kira-kira 500,000 penambahan pengundi bakal berlaku setiap tahun selepas pindaan Rang Undang-undang menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun diluluskan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Jumlah itu agak mengejutkan tetapi ia membuka mata pemimpin politik supaya tidak meremehkan idea, cadangan dan isu anak muda.
"Sekarang ini kalau kita ada 15 juta, akan ada sekitar 20 hingga 21 juta pengundi pada PRU akan datang.
"Saya rasa walaupun perkara itu agak mengejutkan tetapi perkara itu akan membuka mata semua pimpinan politik supaya memperjuangkan isu anak muda dengan lebih serius," katanya pada Wacana Sinar Harian Ke-116 Mengundi Umur 18 Tahun: Siapa Yang Untung? hari ini.
Menurutnya, pendaftaran automatik juga akan melibatkan 3.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun yang belum mendaftar sebagai pengundi.
"Bukan sahaja mereka berusia 21 tahun yang belum mengundi tetapi semua peringkat umur," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!