Raja Ilya nikah warga Australia hari ini

Raja Ilya. Foto:Instagram Raja Ilya
Raja Ilya. Foto:Instagram Raja Ilya
A
A
A
PELAKON Raja Ilya meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya yang bakal berkahwin di Perth, Australia hari ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya semalam, pelakon Syurgaku Tak Sempurna ini bagaimanapun memberitahu majlis penikahan yang bakal berlangsung itu hanyalah dilakukan secara kecil-kecilan dan untuk keluarga terdekat sahaja.

“Saya sekarang berada di Perth, Australia dan akan melangsung perkahwinan di sini esok. Majlis ini hanya diadakan secara kecil-kecilan dan hanya untuk keluarga terdekat sahaja.

“Bagaimanapun kami akan mengadakan majlis resepsi pada tahun depan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya sangat menghargainya,” katanya sambil menunjukkan lokasi majlis yang akan berlangsung.

Dalam perkongsian yang sama juga, Ilya meluahkan rasa gembiranya apabila impian untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintainya menjadi kenyataan.

“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan. Dalam tujuh jam lagi saya akan berkahwin dengan lelaki yang saya cintai.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya melalui banyak cabaran selama beberapa tahun ini. Dan hari ini saya rasa sangat bersyukur kerana impian saya selama ini akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya bertemu dengan lelaki yang mencintai saya seadanya. Terima kasih untuk doa semua,” tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, Ilya juga berjanji akan berkongsi momen istimewa itu kepada para peminat di Instagram miliknya selepas majlis selesai hari ini.
Artikel Berkaitan:


Terdahulu sebelum ini Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengikat tali pertunangan dengan lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan warga Australia di Pulau Langkawi pada 23 Oktober lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!