24 jam bersihkan 52 pokok tumbang

Amirudin (dua dari kanan) meninjau PPS Dewan Serbaguna Kampung Laksamana menempatkan dua keluarga terjejas ribut semalam.
Amirudin (dua dari kanan) meninjau PPS Dewan Serbaguna Kampung Laksamana menempatkan dua keluarga terjejas ribut semalam.
A
A
A

BATU CAVES - Tempoh 24 jam diperuntukkan oleh agensi terlibat untuk mengalihkan 52 pokok tumbang susulan kejadian ribut sekitar DUN Sungai Tua dan Taman Templer jam 6 petang, semalam.

Antara yang terjejas dalam kejadian itu adalah Kampung Laksamana, Selayang Baru, India Settlement, Wira Damai, Kampung Bendahara dan Kampung Nakhoda.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, sekurang-kurangnya 125 rumah mengalami kerosakan.

Menurutnya, daripada jumlah itu hanya dua keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Laksamana di sini selepas rumah mereka tidak selamat diduduki.

Pokok tumbang akibat ribut yang berlaku sekitar DUN Taman Templer dan Sungai Tua, semalam.
Pokok tumbang akibat ribut yang berlaku sekitar DUN Taman Templer dan Sungai Tua, semalam.

"Tempoh seminggu diperlukan untuk proses dan penilaian kos sebelum kerja pembaikan dimulakan.

"Setakat hari ini penumpuan kerja adalah melibatkan kerja pembersihan pokok tumbang.

Artikel Berkaitan:

Ia disusuli proses pembayaran saguhati oleh kerajaan negeri dengan nilai maksimum RM500 bergantung kepada tahap kerosakan," katanya selepas meninjau PPS Dewan Serbaguna Kampung Laksamana hari ini.

Amirudin (dua dari kanan) menyemak status terkini bantuan mangsa ribut yang berlaku di DUN Taman Templer dan Sungai Tua semalam.
Amirudin (dua dari kanan) menyemak status terkini bantuan mangsa ribut yang berlaku di DUN Taman Templer dan Sungai Tua semalam.

Beliau berkata, Pejabat DUN Sungai Tua tidak menolak untuk menyegerakan baik pulih tempat awam seperti sekolah dan dewan masyarakat.

"Ia mengelak gangguan proses persekolahan dan persiapan peperiksaan. Setakat ini dua sekolah dikenal pasti terjejas melibatkan bumbung terbang," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan sejumlah RM400,000 diperuntukkan untuk kos baik pulih rumah melibatkan 139 keluarga di Felda Soeharto yang terjejas susulan ribut Jumaat lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!