Karnival Sukan Kelantan 1 Ogos ini

Mohamed Imran (kanan) menunjukkan logo Kasukel kepada Wan Roslan (tengah) di Pejabat MSN di Kota Bharu.
Mohamed Imran (kanan) menunjukkan logo Kasukel kepada Wan Roslan (tengah) di Pejabat MSN di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Buat julung kalinya, Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan menganjurkan Karnival Sukan Kelantan (Kasukel) 2019 selama tiga hari bermula 1 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Wan Roslan Wan Hamat berkata, karnival tersebut akan melibatkan 17 acara sukan dengan penglibatan lebih 2,000 atlet seluruh negara.

“Karnival ini bertujuan sebagai medan pendedahan mempamerkan kehebatan dan sesi pemanas badan atlet-atlet remaja berumur 9 hingga 20 tahun yang bernaung di bawah Pusat Latihan Negeri bagi persediaan menghadapi Sukan Malaysia (Sukma), tahun depan.

“Selain itu, melalui karnival ini juga kita boleh mengenal pasti bakat-bakat baharu yang mungkin boleh diketengahkan oleh Persatuan Sukan Negeri di samping mewujudkan semangat dan silaturahim antara mereka yang terlibat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri di Pejabat MSN Telipot yang turut dihadiri Pengarah MSN Kelantan, Mohamed Imran Mansoor.

Wan Roslan berkata, Kasukel merupakan kerjasama MSN dengan beberapa agensi dan jabatan kerajaan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan banyak lagi.

Beliau yang juga Pengerusi MSN berkata, Kasukel merupakan karnival dwitahunan antara Sukma dan untuk kali ini, 16 lokasi di Kota Baharu akan menjadi tempat pertandingan, tidak termasuk sukan hoki di Pasir Mas dan berbasikal di Bachok.

“Antara sukan yang dipertandingkan kali ini ialah angkat berat, bola jaring, berbasikal, boling padang, badminton, bola tampar, muay thai, tinju, silat, petanque, tenis, hoki, bola keranjang, gimnastik lelaki, sepak takraw, wushu dan juga golf.

"Penyertaan turut melibatkan pasukan jemputan bagi menyertai beberapa jenis sukan terpilih.

Artikel Berkaitan:

“Penganjuran ini juga akan memberi tanda aras persediaan Kelantan daripada segi atlet dan prasarana sukan untuk menjadi tuan rumah Sukma jika diberikan peluang nanti, insya-ALLAH,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!