Ahli PVATM Kelantan terima RM52,700

Ab Aziz (dua kiri) menyampaikan sumbangan cek bernilai RM1,000 kepada Ab Rahim (tiga kiri).
Ab Aziz (dua kiri) menyampaikan sumbangan cek bernilai RM1,000 kepada Ab Rahim (tiga kiri).
A
A
A

KOTA BHARU – Sebanyak RM52,700 bantuan pelbagai kategori telah disalurkan kepada ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Kelantan sepanjang tahun ini.

Timbalan Yang Dipetua PVATM Kelantan, Ab Aziz Awang Lah berkata, setiap bantuan yang diterima antara RM200 hingga RM300 setiap tahun bergantung kepada sumbangan dana pusat.

“Bantuan yang kita salurkan termasuk bencana dan pesakit kronik seluruh Kelantan," katanya selepas menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada mangsa kebakaran Ab Rahim Ab Rahman, 65, di pejabat PVATM Kota Bharu.

Isterinya, Che Siri Zabidah Ismail,52, berkata, mereka sempat menyelamatkan dua motosikal manakala semua peralatan rumah dan perabotnya hangus ketika kejadian pada 5 Mei.

Hanya sebentuk cincin yang hangus dijumpai dalam timbunan kebakaran rumah Ab Rahim.
Hanya sebentuk cincin yang hangus dijumpai dalam timbunan kebakaran rumah Ab Rahim.

Katanya, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen sebelum dikejutkan dengan jeritan jiran yang memaklumkan api dari belakang rumahnya.

“Ketika itu suami dan anak, Siti Nur Syaidatul Azma,30, keluar membeli lauk sebagai persiapan menyambut puasa keesokan harinya.

“Hanya saya bersama tiga cucu berada di rumah ketika itu. Katanya api berpunca dari rumah jiran dan menyebabkan tiga rumah turut hangus. Kini kami menyewa di tempat lain yang agak jauh dari sekolah anak cucu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan mereka sekeluarga kerugian RM50,000 termasuk barang kemas, wang tunai dan peralatan elektrik dan perabot.

Che Siri Zabidah memberitahu, dia kini membantu suami mengambil upah menoreh getah di sekitar kampung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!