Keadaan kereta menyeramkan: Eizlan Yusof

Pelakon, Datuk Eizlan Yusof
Pelakon, Datuk Eizlan Yusof
A
A
A

PELAKON, Datuk Eizlan Yusof, 47, bergegas ke lokasi penggambaran drama Mak Cun musim kelima sebaik mendengar khabar anaknya terbabit dalam kemalangan pagi Khamis.

“Bergegas ke lokasi Mak Cun 5 nak pastikan keadaan abang ayeep @zareefyusofofficial okay.

“Syukur kepada ALLAH dia dan makcik @zaaratiezazu selamat walaupun keadaan kereta agak menyeramkan,” tulisnya sebentar tadi di Instagram miliknya.

Dalam perkongsian sama Eizlan berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebaikan.

“Terima kasih pada semua yg mendoakan keselamatan Zareef, juga ke pada semua wartawan yang membuat liputan mengenai cerita ni,” akhirinya.

No Image Caption

Eizlan turut berkongsi video di IG nya sedang mengucup dahi Zareef dan dapat dilihat Zareef dalam keadaan baik malah masih mampu tersenyum dengan kehadiran bapa tercintanya.

Terdahulu Erma menerusi akaun IG melaporkan anak pelakon tersebut terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun 5.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Mereka bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan: Erma Fatima

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!