Sembang santai TMJ: Peneroka luah masalah harga sawit

Tunku Ismail (belakang, dua, kiri) merakam gambar kenangan di muzium rumah asal Felda sempena keberangkatan baginda berjumpa dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang di Felda Air Tawar 2, petang semalam.

A
A
A

KOTA TINGGI - Kehadiran Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Felda Air Tawar 2 petang semalam diambil peluang sepenuhnya penduduk untuk beramah mesra di samping meluahkan masalah yang melanda warga peneroka terutama tentang harga sawit.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan berkata, baginda yang bertemu dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang turut berkenan meronda kawasan kampung dengan menaiki motosikal, beramah mesra bersama pemain bola sepak kampung serta melawat muzium rumah asal Felda.

"Tunku amat terkejut bila kita maklumkan Felda ini adalah terbesar di Malaysia. Melalui sembang santai, peneroka di sini berpeluang berbual mesra dengan baginda menceritakan sejarah susah payah mereka ketika masuk Felda satu ketika dahulu.

Tunku Ismail menunggang motosikal meronda kawasan sekitar Felda Air Tawar 2 sempena keberangkatan baginda berjumpa dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang semalam.
Tunku Ismail menunggang motosikal meronda kawasan sekitar Felda Air Tawar 2 sempena keberangkatan baginda berjumpa dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang semalam.

"Kita lihat baginda amat prihatin dengan masalah sedang dihadapi warga Felda iaitu masalah-masalah berkaitan harga sawit dan lain-lain.

"Tunku juga memaklumkan akan lihat daripada sudut mana kerajaan negeri boleh membantu warga peneroka," katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama pada program tersebut, Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail, Ketua Kampung Felda Air Tawar 2, Nasruddin Hasan.

Sementara itu, Nasruddin yang mewakili penduduk juga amat teruja menyambut kehadiran Tunku Mahkota Johor itu yang mana kedatangan baginda turut membawa 'buah tangan' buat warga Felda itu.

Artikel Berkaitan:

Tunku Ismail (tengah) berjumpa dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang di Felda Air Tawar 2, petang semalam.
Tunku Ismail (tengah) berjumpa dengan masyarakat tempatan untuk bersembang santai dan minum petang di Felda Air Tawar 2, petang semalam.

"Baginda berkenan memberi bantuan kepada sekolah agama dan masjid dalam program santai ini. Bagi sekolah agama menerima bantuan untuk menukar bumbung baharu sementara masjid menerima peralatan sistem siaraya.

"Tunku juga memaklumkan kehadiran beliau adalah untuk berdampingan dengan rakyat dan membantu rakyat. Tunku juga memberitahu baginda seronok datang ke Felda ini dan akan datang lagi ke sini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!