Hukuman Wan Ji: Hormati keputusan mahkamah

Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dibenarkan permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara setahun yang sedang dijalaninya kerana menerbitkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Selangor sehingga rayuan selesai. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Semua pihak digesa menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menambah hukuman penjara sembilan bulan penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin kepada setahun.

Peguam Wan Ji, Mohd Radzlan Jalaludin berkata, dalam era Malaysia Baharu segala pandangan dan kritikan harus berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang- undang.

"Saya harap segala komen dan pandangan perlu lebih berhati-hati dan hormati bidang kuasa serta pengasingan kuasa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wan Ji dibenar tangguh hukuman penjara

Menurutnya, beliau yakin terhadap komitmen kerajaan bahawa tiada lagi mana individu didakwa di bawah Akta Hasutan.

"Kita harus beri ruang kepada kerajaan untuk betul-betul meneliti undang-undang baharu yang menggantikan Akta Hasutan," katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk ahli politik dilapor mengkritik dan mempersoal keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam membuat keputusan terhadap Wan Ji.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!