Dua lagi hentian ETS Stesen Sungai Siput ditambah

No Image Caption
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Dua lagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) antara Kuala Lumpur dan Padang Besar ditambah bagi menampung permintaan penumpang di Stesen Sungai Siput di sini bermula Isnin depan.

Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan berkata, empat perkhidmatan sebelum ini dikurangkan kepada dua kali hentian dengan alasan kekurangan penumpang yang menggunakan ETS.

Menurutnya, pengurangan perkhidmatan itu telah menjejaskan kegiatan harian purata 65 penduduk setiap hari.

"Pejabat kita menerima banyak aduan mengenai perubahan itu sejak tahun lalu dan suara ini dibawa hingga ke dalam Dewan Rakyat.

"Menteri pengangkutan telah memberi jawapan positif dengan perkhidmatan ETS ke Utara iaitu Padang Besar dan Butterworth serta Kuala Lumpur akan berhenti sebanyak empat kali di stesen ini," katanya dalam sidang media di Stesen KTM Sungai Siput di sini hari ini.

Kesavan berkata, penambahan perkhidmatan itu nyata beri impak positif kepada penduduk sekali gus menjana ekonomi di pekan kecil itu.

"Empat perkhidmatan ETS setiap hari ini akan bermula pada jam 8.35 pagi, 2.05 petang, 6.50 petang dan 8.30 malam.

"Penambahan perkhidmatan ini dapat memudahkan perancangan dan kerja seharian penduduk sekali gus membangunkan kemajuan pekan luar bandar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!