Nyaris maut leher tersangkut kabel kendur

Baihaqi menunjukkan kecederaan dialami dan kabel yang dilanggarnya di Kampung Alor Menong pada Rabu lalu.
Baihaqi menunjukkan kecederaan dialami dan kabel yang dilanggarnya di Kampung Alor Menong pada Rabu lalu.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pembantu kedai cedera akibat terlanggar kabel kendur ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pasar Borong Alor Setar, di sini.

Mangsa, Muhammad Baihaqi Yaakob, 35, berkata, dia terlanggar kabel kendur di tengah jalan di Kampung Alor Melong, kira-kira jam 3.45 pagi, Rabu lalu.

Menurutnya, dia tidak sempat mengelakkan diri sebelum lehernya tersangkut kabel dipercayai milik sebuah syarikat telekomunikasi itu sehingga terseret lebih kurang 50 meter.

"Akibat kejadian itu, saya terpaksa menanggung kesakitan selepas mengalami kecederaan di bahagian dada dan belakang. Manakala, leher terasa seperti dihiris pisau.

"Walaupun nyaris maut selepas leher tersangkut kabel itu, saya bersyukur terselamat," katanya ketika ditemui di rumah mertuanya di Kampung Tanjung Seri, di sini semalam.

Menurutnya, motosikalnya mengalami kerosakan agak serius sehingga tidak boleh dinaiki buat masa ini akibat kejadian itu.

"Mujurnya, saya bawa motor perlahan sahaja. Jika, saya memandu dalam keadaan laju kemungkinan nyawa mungkin dah melayang," katanya.

Katanya, dia kini tidak dapat bekerja seperti biasa buat sementara waktu akibat kesakitan dialami dan kerosakan motosikal.

Artikel Berkaitan:

"Jikalau tak ke tempat kerja, tak dapatlah wang untuk menyara kami empat beranak dan membeli barang keperluan harian," katanya.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak akibat kejadian menimpa dirinya, sebaliknya hanya inginkan pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, dia juga berharap insiden menimpa dirinya tidak akan berlaku kepada mana-mana pihak lain selepas ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!