MPT roboh enam premis tepi jalan

Beberapa rakaman video tindakan anggota penguatkuasa MPT merobohkan lebih enam premis tepi jalan di kawasan Laman Changkat Jering, Bukit Gantang semalam menjadi tular dalam laman sosial setempat.
Beberapa rakaman video tindakan anggota penguatkuasa MPT merobohkan lebih enam premis tepi jalan di kawasan Laman Changkat Jering, Bukit Gantang semalam menjadi tular dalam laman sosial setempat.
A
A
A

BUKIT GANTANG - Tindakan enam peniaga di tepi jalan di Laman Changkat Jering di sini yang masih berdegil walaupun sudah tiga kali diberi notis akhirnya dikenakan tindakan apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) merobohkan premis mereka, semalam.

Yang Dipertuanya, Borhan Abdul Halim berkata, tindakan penguat kuasa dilakukan ke atas peniaga di kawasan berkenaan susulan menerima aduan berterusan orang awam.

Menurutnya, banyak pihak mengadu mengenai masalah tahap kebersihan segelintir peniaga tepi jalan berkenaan dan gangguan lalu lintas yang terpaksa dihadapi pengguna jalan raya kawasan itu.

"Beberapa kes kemalangan kerap berlaku di sekitar lokasi berkenaan kerana tindakan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan untuk membeli.

"Tindakan penguatkuasaan dibuat adalah mengambil kira kepentingan keseluruhan penduduk itu," katanya.

Beliau berkata, MPT juga sudah mengemukakan notis mengubah halangan kepada enam hingga sepuluh premis terlibat sebanyak tiga kali pada penghujung tahun 2018, 24 Jun dan 4 Julai tahun ini.

Bagaimanapun, katanya kesemua peniaga terbabit masih berdegil untuk mengubah halangan sehingga semalam.

Kelmarin, beberapa rakaman video mengenai tindakan anggota penguatkuasa MPT merobohkan beberapa premis peniaga tepi jalan di sekitar kawasan Laman Changkat Jering, di sini tular dalam laman media sosial.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata warganet memberi maklum balas positif dan menyokong tindakan PBT itu melakukan tindakan penguatkuasaan sedemikian bagi mengelakkan kawasan itu menjadi ancaman kemalangan jalan raya pada masa hadapan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!