Azmin, Rafizi berdamai?
Ia bermula apabila perwakilan dari Perlis, Tengku Nazri Tengku Aldin ketika membahaskan ucapan dasar presiden menyatakan, perbalahan kem melibatkan kedua-dua pemimpin itu tidak sepatutnya berlaku.
Dalam perbahasannya, Tengku Nazri menegur pemimpin dan ahli parti sehingga mewujudkan dua kem dalam parti terutama ketika pemilihan PKR yang berakhir Ahad lalu.
"Kita baru habis fasa pemilihan, kita canang kepada orang, ini politik baharu...cakap pada rakyat ini politik baharu. Tetapi apa yang tuan-tuan bawa? Tuan-tuan ada jawapannya. Masa yang ada kita guna untuk hina kawan..kita guna untuk fitnah.
"Team Rafizi ke team Azmin, lawan sampai mati...ini ke cara kita nak warisi kepada anak cucu kita? Secara jelas kita gagal, kita berkelahi seolah-olah esok kita dah tak ada...kerana nak tunjuk siapa lagi hebat," katanya.
Justeru, Tengku Nazri menyeru supaya perwakilan bina hidup baharu dalam parti.
"Yang sudah lepas itu, lepaslah. Kita bina hidup baharu. Hari ini di dalam PKR, kita ada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal presiden baharu (yang akan ditabalkan esok)," katanya.
Tengku Nazri berharap agar pemilihan sebegini tidak berlaku pada masa akan datang.
"Kepada bakal presiden yang akan kita umumkan esok, pertama kita minta supaya bapa presiden kota tolong tengok untuk pemilihan (parti) akan datang.
"Kita tak mahu pemilihan macam ini," katanya.
Perbahasan itu mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada perwakilan yang hadir mengikuti kongres berkenaan.
Sebelum ini, hubungan Rafizi dan Mohamed Azmin mula bertukar menjadi semakin tegang menjelang pemilihan PKR apabila dikatakan wujud dua kem di dalam kepimpinan parti itu.
Malah, Rafizi juga pernah melontarkan cabaran kepada Mohamed Azmin bagi berdebat namun pelawaan itu ditolak oleh seterunya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Azmin-Rafizi tampil mesra]
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!