Mummy semakin tak sabar: Juliana Evans

CHE PUAN JULIANA EVANS. Foto: INSTAGRAM
CHE PUAN JULIANA EVANS. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

PENGACARA dan pelakon, Che Puan Juliana Evans telah berkongsi perasaannya yang bakal menimang cahaya mata sulung pada bila-bila masa sahaja lagi.

Menerusi luahan yang di buat di akaun Instagram miliknya, isteri kepada Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj mengakui berada berdebar dan teruja kini.

"38 weeks. 66 kg.

“Bila-bila masa sahaja lagi si kecil. Mummy semakin tak sabar menanti.

"Hormon saya sekarang ini bercampur aduk dengan rasa berdebar dan teruja kerana akhirnya kami bakal bertemu dengan anak kecil kami yang telah tercipta untuk membawa segala-galanya kepada saya.

No Image Caption

“Saya akan cuba lakukan yang terbaik untuk melaluinya dan memastikan diri saya berada di dalam tenang.

“Kami tak sabar untuk berjumpa dengan anak awak dan ini mungkin ini adalah gambar memakai pakaian mengandung terakhir saya," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin pada April 2017.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!