Pemuda UMNO perlu lakukan pemodenisasi politik

Shahril (tengah) mengetuk gong sebagai gimik perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar di RC Hall, depan Shahab Perdana di sini hari ini.
Shahril (tengah) mengetuk gong sebagai gimik perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar di RC Hall, depan Shahab Perdana di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda UMNO perlu melakukan pemodenisasi politik dan tidak malu untuk mempelbagaikan gerak kerja demi memikat pengundi terutama golongan atas pagar.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, antara gerak kerja itu termasuklah membuat persediaan dengan mendekati dan menarik pengundi atas pagar.

Shahril berkata, pihaknya mendapati golongan pengundi atas pagar berkemampuan dalam menentukan kemenangan berdasarkan pemilihan.

"Berdasarkan data diperolehi misalnya di Alor Setar ini, yang menentukan kalah menang sebenarnya adalah 20 hingga 30 peratus pengundi atas pagar, bukannya pengundi majoriti.

"Maknanya, di kerusi-kerusi seperti Alor Setar dan kerusi lain dalam negara ini, kita memerlukan golongan atas pagar ini," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar di RC Hall, depan Shahab Perdana di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan.

Menurutnya, golongan atas pagar iaitu bukan ahli UMNO ataupun Pas, yang tidak mahu menjadi ahli serta memiliki kesetiaan terhadap mana-mana parti politik perlulah didekati.

Artikel Berkaitan:

"Antara lain, jikalau lulus perlembangan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun ini, tidak mustahil minta dia sertai UMNO ataupun Pas.

"Bagaimanapun, bersiap sedialah ramai yang sebenarnya tidak berminat masuk parti politik tapi mereka mengundi," katanya.

Sehubungan itu,katanya, jentera Pemuda UMNO perlu mencari jalan demi memikat hati mereka, misalnya melalui aspirasi ekonomi dan isu sejagat.

"Kita tidak perlu takut perjuang isu sejagat. Tidak semestinya, jikalau kita cakap isu alam sekitar kita bukan lagi pejuang Melayu.

"Jadi, ini antara perkara perlu diberi perhatian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!