166 PATI ditahan dalam dua operasi

PATI yang ditahan dalam operasi tersebut dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk tindakan lanjut. -Foto Polis Kuala Lumpur
PATI yang ditahan dalam operasi tersebut dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk tindakan lanjut. -Foto Polis Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 166 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam dua Operasi Bersepadu Cegah Jenayah PATI pada 5 Julai lalu dan semalam.

Antara lokasi operasi adalah di sekitar Pasar Pudu, Jalan Chow Kit, Kawasan Kepong, Changkat Bukit Bintang, Jalan Silang, Kawasan Batu 5 ½, Jalan Klang Lama, LRT Bandar Tasik Selatan, Taman Miharja, Jalan Haji Eusoff, LRT PWTC, Taman Fadason Jinjang, Taman Wilayah Jinjang, Batu Muda Jinjang, Taman Dato Senu Sentral, Jalan Sepadu, Jalan Raden Bagus dan Jalan Alor Bukit Bintang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sepanjang dua operasi ini, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 505 orang warga asing.

"Seramai 166 orang warga asing telah ditahan antaranya warga Afrika, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan India.

"Tindakan diambil mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah dan akta-akta yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, tangkapan yang ditahan dalam operasi tersebut dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk tindakan lanjut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Polis Kuala Lumpur memandang serius isu kebanjiran warga asing yang menyumbang ke arah kejadian jenayah berlaku di negara ini. Operasi seumpama ini akan diteruskan bagi membanteras permasalahan kebanjiran warga asing sekaligus berusaha menurunkan kadar jenayah yang disebabkan oleh warga asing.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!