Kes pelajar Nigeria: KPM yakin siasatan menyeluruh dilakukan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) yakin siasatan menyeluruh akan dilakukan pihak berkuasa bagi mengenalpasti punca sebenar kematian seorang pelajar dari Nigeria yang meninggal dunia dalam Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, 9 Julai lalu.

KPM menerusi satu kenyataan hari ini turut menegaskan, pihaknya juga sedang mendapatkan perkembangan kes itu daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mangsa difahamkan meninggal dunia semasa dalam tahanan pihak Jabatan Imigresen Malaysia.

"KPM ingin menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Thomas Orhions Ewansiha, pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Cyberjaya, Selangor," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Nigeria mati dalam tahanan Imigresen

Terdahulu, Sinar Harian hari ini melaporkan seorang pelajar yang berasal dari Nigeria meninggal dunia di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil.

Difahamkan pelajar tersebut ditahan dalam satu operasi imigresen di kediamannya di Kondominium Desa Aman Puri, Kepong dua minggu lalu.

Menurut laman Twitter Universiti Lim Kok Wing, pelajar itu dikenali sebagai Thomas Orhions Ewansiha yang berusia 34 tahun.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud mengesahkan seorang pelajar ijazah kedoktoran warga Nigeria ditemui mati ketika dalam tahanan jabatan itu.

Lelaki itu, katanya lagi, ditahan di Depot Imigresen Bukit Jalil bersama 20 orang lain yang ditahan keesokannya, dan dilayan secara berhemah dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, kira-kira jam 12.05 tengah malam 9 Julai, pegawai bertugas dimaklumkan tahanan lain bahawa lelaki itu diserang sawan ketika tidur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!