Penoreh getah disyaki tetak dua warga emas direman
SEGAMAT - Seorang penoreh getah yang disyaki menyerang dan menetak dua warga emas hingga mati dalam kejadian di Buloh Kasap semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman sehingga 19 Julai ini dikeluarkan Majistret Salina Omar yang terhadap suspek berusia 33 tahun berkenaan bagi membantu siasatan.
Suspek yang memakai baju-T putih dan berseluar pendek merah tiba di Kompleks Mahkamah Segamat kira-kira jam 9.30 pagi.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, dua orang lelaki warga emas masing-masing berumur 74 dan 60 tahun mati ditetak dengan parang di sebuah kedai makan dan gerai durian oleh seorang lelaki yang mengamuk serta membuat serangan secara rambang. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Dua warga emas maut diserang lelaki berparang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!