Kit Siang saran DPP rujuk manifesto PH

 Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan agar Timbalan Pendakwa Raya (DPP) merujuk manifesto Pakatan Harapan (PH) selain mencari arahan terbaru Peguam Negara sekiranya mempunyai pertanyaan terutamanya berhubung kes yang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan perkara sama yang menimpa penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin tidak berulang.

"Penjelasan dari Peguam Negara, Tommy Thomas bahawa beliau tidak menyedari mengenai rayuan balas pendakwaan dalam kes hasutan Wan Ji sehingga hukuman baharu dikeluarkan pada hari Selasa lepas telah mencetuskan kebimbangan mengenai komitmen kerajaan PH untuk memulihkan prinsip kebebasan dan keadilan kepada rakyat Malaysia.

"Inilah sebabnya mengapa saya telah membuat kenyataan terkejut dengan hukuman terbaharu Wan Ji dan ketidakadilan perlu diperbetulkan di Twitter baru-baru ini," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Tommy menegaskan pihaknya tidak menyedari rayuan balas oleh pihak pendakwaan dalam kes rayuan terhadap sabitan dan hukuman penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin.

Menerusi kenyataannya, Tommy berkata, berdasarkan kronologi, rayuan balas pendakwaan dibuat sebelum PRU14 lalu.

"Saya secara peribadi tidak menyedari kes ini sehinggalah Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan Selasa lalu," katanya.

Menurutnya, perkara itu (tidak sedari kes berkenaan) adalah tidak menghairankan kerana terdapat ratusan kes jenayah dan sivil di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Wan Ji: Tommy tak sedar rayuan balas pendakwaan

Kata Kit Siang lagi, pada Selasa lalu juga pihaknya yang diwakili oleh setiausaha politiknya, Shahredzan Johan telah meminta Pendakwa Raya menjelaskan alasan mahkamah menambah hukuman terhadap penceramah bebas itu.

Pada 9 April 2018, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman sembilan bulan penjara ke atas Wan Ji selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan itu.

bagaimanapun 10 September 2014, Wan Ji mengaku tidak bersalah menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam akaun Facebook wanji.attaaduddi.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5, di sini, jam 10 pagi, pada 5 November 2012.

Namun pada 9 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Malahan, Hakim, Datuk Abdul Halim Aman turut meminda hukuman kepada setahun setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!