Gempa bumi sederhana gegar barat laut Kepulauan Ryukyu
KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda barat laut Kepulauan Ryukyu, Jepun pada jam 8.57 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini, hari ini memaklumkan gempa dengan kedalaman 239 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 350km utara dari Naha, Jepun.
Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!