'Beri Tun M tempoh secukupnya pulih ekonomi negara'

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab pertanyaan media pada Majlis Pelancaran Pameran 'Graduan Aspire Career' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Foto Bernama
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab pertanyaan media pada Majlis Pelancaran Pameran 'Graduan Aspire Career' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyatakan sokongan agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi tempoh secukupnya untuk memulihkan ekonomi negara.

Beliau berkata, langkah itu wajar dilakukan Dr Mahathir sebelum menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.

Mohamed Azmin turut bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir agar Dr Mahathir diberikan tempoh untuk memulihkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatan itu.

“Setuju,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai kenyataan Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, dalam wawancara bersama Nikkei Asian Review baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M serah jawatan kepada Anwar dalam tempoh tiga tahun

Terdahulu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi melancarkan Karnival Kerjaya Graduan Aspire, di sini.

Dalam wawancara itu, Mukhriz berkata, tiada perjanjian yang peralihan kuasa perlu berlaku dalam tempoh dua tahun, malah cadangan sebegitu tidak dinyatakan sama ada atas kertas mahupun perjanjian secara lisan.

Mukhriz menegaskan Dr Mahathir perlu diberikan masa untuk menjalankan tugas sebagai perdana menteri walaupun usia Pengerusi Pakatan Harapan itu sudah lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!