Penantian 15 tahun Pok Ku berakhir

Sivarasi melekatkan pelekat penerima bantuan program PPP pada coley Ku Muda (tiga dari kanan) sambil disaksikan Mustapa (kiri) sebagai simbolik penyerahan bantuan berkenaan, di sini hari ini.
Sivarasi melekatkan pelekat penerima bantuan program PPP pada coley Ku Muda (tiga dari kanan) sambil disaksikan Mustapa (kiri) sebagai simbolik penyerahan bantuan berkenaan, di sini hari ini.
A
A
A

JELI - Hasrat seorang bapa 12 anak memiliki motosikal beroda tiga akhirnya tercapai selepas 15 tahun menanti.

Ku Muda Husin, 57, berkata, motosikal itu penting bagi memudahkan urusan harian termasuk mengangkut hasil pertanian.

Ku Muda yang membahasakan dirinya sebagai Pok Ku berkata, pemberian itu umpama mimpi kerana sudah lama menanti.

"Pok Ku sebak, air mata Pok Ku menitis apabila dimaklumkan permohonan Pok Ku beberapa bulan lalu lulus.Pok Ku dapat percuma," katanya kepada pemberita pada Program Walkabout Penyerahan Bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), di sini hari ini.

Majlis yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa K Rasiah di rumah Ku Muda di Kampung Sungai Satan itu turut dihadiri Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Pengerusi Kesedar, Dr Aminuddin Yaacob serta kakitangan Kesedar.

Pada majlis sama, Ku Muda turut menerima peralatan lain termasuk mesin kelapa, mesin pemerah santan, mesin menguli tepung dan peti sejuk beku dengan nilai keseluruhan sebanyak RM10,000.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!