Askar AS terbunuh di Afghanistan
KABUL - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berkata, seorang askar Amerika Syarikat (AS) terkorban dalam pertempuran di Afghanistan, hari ini.
Kejadian tersebut berlaku ketika rundingan damai dilakukan bersama AS dan wakil Afghanistan di Doha, Qatar.
NATO tidak memberikan butiran lanjut mengenai identiti mangsa atau kejadian sebenar dan tiada kumpulan tampil mengaku mendalangi serangan tersebut.
Difahamkan, ia adalah kematian ke-10 tentera AS di Afghanistan tahun ini, berbanding 12 kematian sepanjang tahun lalu.
Bulan lalu, dua askar AS terbunuh dalam serangan hendap yang didakwa didalangi Taliban.
AS ketika ini mempunyai kira-kira 14,000 tentera berpangkalan di Afghanistan.
Kebanyakan mereka dihantar ke negara bergolak itu bagi melatih tentera Afghanistan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!