Serangan hotel di Somalia ragut 26 nyawa
MOGADISHU - Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh termasuk rakyat asing dalam serangan pengebom bunuh diri dan tembakan menyasarkan sebuah hotel terkenal di selatan Somalia, kata pegawai kanan serantau hari ini.
Serangan di Hotel Asasey di Kismayo itu turut mencederakan 56 yang lain.
Kumpulan militan Al-Shabaab mengaku mendalangi serangan tersebut.
Antara mangsa yang terbunuh ialah seorang wartawan Kanada berketurunan Somalia, Hodan Nalayeh. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!