9 rakan Raja Permaisuri Agong berkongsi kisah

Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan bergambar bersama sembilan rakan seperjuangan pada sidang media di Perbadanan Muzium Negeri Pahang, di sini hari ini. Foto: Sinar Harian/Rosli Talib
Tunku Azizah Aminah Maimunah berkenan bergambar bersama sembilan rakan seperjuangan pada sidang media di Perbadanan Muzium Negeri Pahang, di sini hari ini. Foto: Sinar Harian/Rosli Talib
A
A
A

PEKAN - Sembilan rakan seperjuangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi suka-duka persahabatan sejak lebih sedekad bersama baginda di Pahang.

Mereka ialah Dang Perwara Raja Permaisuri Agong, Datuk Hamimah A Karim dan Datuk Hanizah Ghazali; Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Datuk Ahmad Farid Abdul Jalal dan jururawat istana, Datin Patma Ramanathan.

Enam lagi rakan baik baginda ialah Datin Seri Tan Puay Ling; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih, Rohany Saat; Setiausaha Women Institute Pahang, Ong Cheng Imm; Pengurus Korporat dan Hubungan Industri Kolej Yayasan Pahang, Mohd Norsham Nisam Abd Malik dan konsultan, Shahrum Shamsuddin.

Kesemua dihimpunkan dalam satu sidang media di Perbadanan Muzium Negeri Pahang, di sini hari ini sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah pada 30 Julai ini.

Hamimah yang juga aktivis badan bukan kerajaan (NGO) berkata, kesemua mereka adalah individu yang rapat dengan baginda Raja Permaisuri Agong dalam bidang masing-masing sejak lebih 20 ke 30 tahun lalu.

"Kami semua terdiri daripada pelbagai latar belakang. Saya berkait rapat dengan aktiviti NGO Tuanku; Datuk Farid berkaitan perbadanan muzium, penyimpanan dan pameran khazanan kesultanan; Datin Patma menjaga kesihatan keluarga diraja.

"Manakala Datin Seri Ling rakan rapat baginda bagi urusan lawatan peribadi; Hajah Rohaya rakan dalam penglibatan Pandu Puteri; Datin Imm bersama dalam Women Institute; Datuk Hanizah berkongsi cinta memasak; Encik Shah terlibat dalam mana-mana majlis di istana dan Encik Sham pula berkaitan kulinari dan individu yang terlibat secara langsung ketika tuanku memasak di pusat penempatan banjir," katanya.

Menurut Hamimah, apa yang boleh mereka simpulkan, Tuanku Permaisuri seorang yang sangat teliti, mengenali rakan-rakannya dengan baik bahkan mampu mengingati kesukaan rakan-rakan.

Artikel Berkaitan:

"Sebagaimana baginda sayang dan rapat dengan rakyat, begitulah dengan kami yang terlibat secara langsung dengan pelbagai aktiviti Tuanku (Raja) Permaisuri (Agong)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!