Empat pengusaha kantin sekolah terima notis

Chee Leong melihat contoh cara penyediaan yang bersih pada taklimat itu.
Chee Leong melihat contoh cara penyediaan yang bersih pada taklimat itu.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan empat notis kesalahan kepada pengusaha kantin sekolah yang dipercayai melanggar peraturan kebersihan makanan sehingga Jun lalu.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong berkata, notis yang dikeluarkan termasuk dua notis membabitkan pemakaian perhiasan diri manakala dua lagi melibatkan kewajiban am pengusaha premis memastikan ada rekod pengendalian makanan dan rekod subtikan anti-typhoid.

Menurutnya, dalam tempoh itu sebanyak 28 buah sekolah membabitkan 21 buah kantin dan tujuh dapur asrama telah diperiksa dalam Ops Sekolah selain 42 sampel makanan telah diambil bagi tujuan penguatkuasaan.

Katanya, secara tidak langsung Ops Sekolah itu dapat mengenalpasti makanan yang selamat dimakan dan menghindari berlakunya kes keracunan makanan serta meningkatkan tahap kebersihan.

"Daripada jumlah itu juga hanya tiga sampel makanan didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan tindakan penguatkuasaan telah diambil namun tiada kantin yang ditutup.

"Pemeriksaan bersepadu yang dilakukan jabatan kesihatan dengan kerjasama pihak sekolah sebanyak dua kali sepanjang tahun bagi memastikan penyediaan makanan sama ada di kantin mahupun dapur asrama sekolah bersih dan selamat," katanya.

Chee Leong (tengah) bersama sebahagian peserta yang menyertai taklimat bersih, selamat dan sihat pengusaha kantin Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh hari ini.
Chee Leong (tengah) bersama sebahagian peserta yang menyertai taklimat bersih, selamat dan sihat pengusaha kantin Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh hari ini.

Chee Leong berkata demikian selepas merasmikan penutupan taklimat bersih, selamat dan sihat pengusaha kantin Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, setakat ini sebanyak 248 premis termasuk 75 kantin sekolah dan dapur asrama telah mendapat pengiktirafan Bersih, Selamat, dan Sihat (BESS) selain menyasarkan 26 premis outlet makanan difasiliti kerajaan dan 50 peratus premis outlet makanan yang terletak dalam kawasan pelancongan turut mendapat penaiktarafan BESS pada tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Chee Leong yang juga Adun Kota Laksmana berkata, taklimat yang diadakan bertujuan supaya pengusaha dan pengurusan kantin sentiasa menitikberatkan kebersihan agar makanan yang disediakan dan dijual kepada pelajar selamat dan berkualiti.

"Pada masa sama kita mahu mereka ini mematuhi peruntukan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 2009 serta mematuhi tahap kebersihan ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu seramai 589 peserta menyertai taklimat berkenaan termasuk 298 pengusaha dan selebihnya pengendali makanan kantin sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KKM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!