Kilang kimia terbakar di Pulau Indah

Operasi pemadaman kilang kimia terbakar di Pulau Indah giat dijalankan pasukan bomba.
Operasi pemadaman kilang kimia terbakar di Pulau Indah giat dijalankan pasukan bomba.
A
A
A

KLANG - Sebuah kilang kimia berkeluasan 10,000 kaki persegi di Taman Perindustrian Pulau Indah di sini terbakar sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sekurang-kurangnya 80 peratus bahagian kilang itu terbakar.

Menurutnya, bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 6.59 petang tadi sebelum jentera pertama tiba ke lokasi jam 7.40 petang.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Andalas, Sungai Pinang, Kota Anggerik dan Rawang diarahkan ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman masih berlangsung dan maklumat awal diterima tiada mangsa terlibat dalam insiden ini," katanya.

BERITA MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!