Clawa cetusan kaftan moden

KOLEKSI Clawa yang terbaharu sesuai untuk digayakan semua peringkat umur dengan fabrik satin 'touch-fill' yang didatangkan khas dari Korea Selatan.
KOLEKSI Clawa yang terbaharu sesuai untuk digayakan semua peringkat umur dengan fabrik satin 'touch-fill' yang didatangkan khas dari Korea Selatan.
A
A
A

JIKA anda masih mengandaikan bahawa baju kelawar hanya untuk tidur, memang silap besar! Anjakan arena fesyen Malaysia yang semakin terkehadapan mendorong seorang pereka fesyen berfikir di luar kotak.

Bagi WOW Femina, Norhashimah Abdullah dilihat telah berjaya merevolusi baju kelawar yang selalu dimomokkan dengan pakaian wanita kampung kepada sesuatu yang luar biasa.

"Saya mendesain kaftan berbentuk baju kelawar dengan lebih kreatif dan santai. Maka, terhasillah Clawa. Ia bukan sahaja boleh digayakan di dalam rumah malah boleh disarung pada majlis makan malam atau keraian," kata pereka yang berusia 32 tahun itu kepada WOW Femina baru-baru ini.

Norhashimah memberitahu, sebenarnya ada cerita di sebalik pembikinan Clawa.

"Pada asalnya, saya mahu mereka baju khas untuk dipakai di dalam rumah sahaja. Namun, apabila saya amati semula, koleksi ini boleh digayakan secara komersial.

"Ya, ia sekali gus memartabatkan pakaian kelawar moden yang selama ini dianggap untuk dipakai tidur malam sahaja," katanya yang sebelum ini merupakan seorang pereka grafik di sebuah syarikat swasta terkenal di ibu negara.

Rekaan kontemporari

Norhashimah meneruskan naratif ceritanya.

Katanya, desain kaftan kelawarnya bersifat kontemporari dengan pemilihan pantone menarik yang tiada di mana-mana pasaran fabrik.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, setakat ini terdapat lapan rekaan eksklusif yang dinamakan Clawa Charme dengan setiapnya mempunyai konsep tersendiri.

"Semuanya sesuai digayakan untuk semua peringkat umur dengan fabrik satin touch-fill yang didatangkan khas dari Korea Selatan.

"Ia sejuk bila dipakai sepanjang hari, senang diuruskan dengan cucian biasa," ujarnya.

Kepada peminat batik moden, Norhashimah berkata, Clawa Charme mengetengahkan konsep batik moden yang memaparkan corak abstrak batik dengan rona pastel.

Rasanya koleksi itu mampu lebih keras dalam kalangan golongan muda yang lebih gemar kepada corak yang ringkas dan tidak berselirat.

Jika anda jatuh dalam kategori 'eksotik', jadikan Clawa yang memiliki suntikan taste of Borneo sebagai keutamaan.

Ia memiliki identiti tradisi corak yang sarat pada bahagian lengan dan badan, kata pereka yang berasal dari Pasir Gudang, Johor itu.

Untuk mereka yang cenderung memakai busana geometrik, konsep modern ethnic geo perlu dijadikan pilihan.

Coraknya pada kaftannya sangat unik pada bahagian kaki fabrik berkenaan.

Percayalah, taraf keyakinan si pemakai akan melonjak berganda-ganda pada saat menyarung kaftan jenis itu.

Seperti kata Norhashimah, rekaan paling larisnya ialah berkonsepkan decorative stripes.

Kaftannya berwarna gabungan hitam keemasan yang sangat glam. Selain itu, terdapat rona pastel baby blue dan baby pink.

Memang menarik, penulis pun tertawan!

Empat lagi konsep yang cuba dipertaruhkan Norhashimah ialah tartan, checkered, royal tulip dan secret garden yang pastinya mempunyai keunikan tersendiri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!