Eternal Love wangian memukau SilkyGirl
Setiap pembelian siri wangian itu, sebanyak 50 sen akan disalurkan kepada golongan gelandangan
UNTUK jatuh cinta sememangnya mudah, namun untuk kekal lama dalam perhubungan, memerlukan usaha yang jitu.
Sebenarnya, terdapat cara untuk kita memastikan si dia sentiasa kekal dalam ingatan.
Antaranya ialah dengan penangan minyak wangi yang memberi keharuman sekali gus menyuntik rasa cinta yang mendalam.
Memahami kehendak pasangan berkasih, SilkyGirl baru-baru ini melancarkan edisi terbaharunya, Eternal Love dengan sentuhan sensasi buah-buahan dan bunga.
Eternal Love antara lain meraikan momen terindah bersama hero hati.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ng Chee Eng berkata, siri wangian terbaharu daripada edisi SilkyGirl’s Romantic itu bukan sahaja mencuri tumpuan bahkan diselitkan dengan ejen pelembab dan sodium lactate yang menjadikan kulit lembut.
"Sebagai tambah nilai, setiap pembelian siri wangian itu, sebanyak 50 sen akan disalurkan untuk membantu menambah dana Tabung Makanan Kafe Komuniti Pit Stop yang cukup terkenal dengan usaha murni mereka membantu golongan gelandangan," katanya sambil menambah kempen itu diadakan sempena program Sebarkan Harapan Aidilfitri bersama Silky Girl dan SG Men dengan kerjasama Watsons.
Mengulas lanjut, Chee Eng berkata, pihaknya mahu produk wangian keluaran terbaharu mereka mampu menyebarkan keceriaan kepada golongan gelandangan di ibu kota.
"Program tanggungjawab sosial korporat itu juga telah memilih Kafe Komuniti Pit Stop untuk membantu mengedarkan makanan kepada golongan kurang berkemampuan yang tiada tempat tinggal," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!