Sokong Azmin punca fitnah: Abdul Yunus

Abdul Yunus Jamhari
Abdul Yunus Jamhari
A
A
A

IPOH - Pendirian teguh Exco Perak, Abdul Yunus Jamhari bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diyakini menjadi punca tuduhan suapan dikenakan ke atas exco tersebut melalui satu laporan polis hari ini.

Abdul Yunus yang juga ADUN Kuala Kurau berkata, Ahli Majlis Daerah Kerian berkenaan yang membuat laporan terhadapnya dipercayai mempunyai motif dendam ke atas dirinya kerana tidak menyokong kelulusan beberapa permohonan tanah dipohon sejak tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya menafikan tuduhan dan fitnah dilempar seperti laporan polis dibuat dan ditularkan.

"Saya yakin, tuduhan keji ini dibuat untuk membunuh karier politik saya dan ianya telah bermula sejak Pemilihan PKR pada tahun lalu lagi semata-mata kerana pendirian teguh saya bersama Azmin Ali.

"Konspirasi jahat ini kini diteruskan untuk menjatuhkan saya sebagai Exco Perak dan mensabotaj kepimpinan Menteri Besar Perak khususnya menjelang Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Exco dalam masa terdekat, " katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Exco bocor minit mesyuarat demi habuan

Abdul Yunus berkata, pihaknya percaya ada dalang di sebalik tindakan jahat ini dan ahli majlis berkenaan diperalatkan pihak tertentu bagi mencalarkan integriti dan imej saya sebagai Exco Perak.

"Dalam hal ini, saya berpendirian tegas bersama kerajaan negeri dan beberapa agensi berkaitan sedang melaksanakan proses penguatkuasaan sesuai dengan syarat dan peraturan yang telah digariskan oleh kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

"Saya yakin, beliau mempunyai motif dendam memandangkan saya juga tidak menyokong kelulusan beberapa permohonan tanah beliau sejak tahun lalu.

"Untuk maksud itu, saya akan membuat laporan polis bersangkut tuduhan jahat dan laporan palsu yang dibuat ke atas diri saya.

"Saya juga ingin menggesa seluruh rakyat khususnya negeri Perak untuk bersama menolak segala konspirasi jahat yang cuba mengganggu gugat pentadbiran dan meremehkan institusi kerajaan negeri melalui fitnah jahat seperti ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!