Sultan Nazrin lancar buku karya baginda sendiri
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menunjukkan buku tulisan baginda yang dilancarkan hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A
Buku setebal 500 muka surat terbitan Universiti Oxford itu merupakan hasil karya baginda sendiri.
Baginda bertitah, buku yang dihasilkan itu mencatatkan perkembangan ekonomi dan transformasi sosial yang berlaku sejak 150 tahun lalu.
"Buku yang beta hasilkan ini mencatatkan sejarah ekonomi negara kita yang telah berlaku sejak 150 tahun yang lalu.
"Beta telah melihat bagaimana nasib rakyat yang diuji dalam kitaran ekonomi sejak dahulu hingga kini serta menyaksikan bagaimana perubahan daripada hidup berasaskan pertanian kepada kehidupan di bandar yang begitu makmur.
"Striving for Inclusive Development jelas menunjukkan negara masih berdepan cabaran besar dan kompleks," titah baginda.
Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Titah baginda lagi, menerusi analisis masa lalu, buku itu turut memberi rujukan bagaimana untuk hadapi cabaran dan menetapkan visi inklusif dan masa depan yang mampan.
"Pembinaan masa depan mengenai dasar dan program afirmatif juga perlulah berdasarkan fakta yang kukuh dan pemerhatian yang adil dan saksama di antara semua komuniti seperti mana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," titah baginda.
Pada tahun 2017, Sultan Nazrin yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan, Universiti Harvard telah melancarkan hasil penerbitan baginda sendiri iaitu "Charting the Economy: Early 20th Century Malaya and Contemporary Malaysian Contrast".
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!